Jam itu terperanjat. "Berapa? 31 juta kali? Oh, minta maaf tuan! Saya tak sanggup berdetik juta-juta kali selama setahun."
Pembuat jam berkata lagi, "Baiklah. Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik sebanyak 86,4000 kali dalam satu hari?".
Apabila jam mendengar angka yang besar itu, jam pun berkata. "Tak sanggup, tuan!" Saya tak mampu. Tengoklah jarum pada badan saya yang ramping ini, mana mungkin mampu berdetik sampai berpuluh ribu kali sehari, tuan."
Pembuat jam berkata lagi, "Bagaimana pula kalau kamu berdetik 3,600 kali dalam satu jam?"
Jam menjawab, "Satu jam 3,600 kali berdetik? Masih tidak sanggup, tuan. Badan saya ini kecil sahaja", kata jam.
Tukang jam dengan penuh kesabaran terus memujuk, "Kalau begitu wahai jam, sanggupkah kamu berdetik sekali sahaja setiap saat?"
Jam segera menjawab, "Kalu sekali sahaja sesaat saya sanggup, tuan."
Setelah selesai perbincangan, jam itu pun berfungsilah dan jam itu berdetik sekali setiap satu detik. Tanpa disedari, detik demi detik terus berlalu. Ternyata jam itu luar biasa kerana selama setahun penuh ia tidak pernah berhenti berdetik. Ia berjaya berdetik sebanyak 31,104,000 kali selama setahun.
Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada kisah di atas?
Adakalanya kita terlalu ragu-ragu dengan kemampuan yang ada pada diri kita. Mungkin mula-mula dengar tugasan yang diamanahkah kepada kita itu terasa berat atau sulit sehingga kita rasa tidak mampu melaksanakannya. Berat untuk kita melakukannya. Namun apabila kita sudah melakukan tugasan tersebut ternyata kita mampu.
Sebenarnya tidak ada perkara yang mustahil dalam kehidupan kita ini. Semuanya boleh dilakukan kalau kita ada kemahuan. Yang penting, jangan sekali-kali kita mengatakan "tidak" dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Sebenarnya tidak ada perkara yang mustahil dalam kehidupan kita ini. Semuanya boleh dilakukan kalau kita ada kemahuan. Yang penting, jangan sekali-kali kita mengatakan "tidak" dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Source: Dato Ustaz Badli Shah Alauddin
Recommended reading:
No comments:
Post a Comment